Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Rakyat Dinasihat Sewa, Jangan Beli Rumah, kata Menteri


 
Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani mahu rakyat negara ini menukar cara pemikiran mereka berhubung pembelian rumah ketika muda dan menanggung hutang jangka panjang yang besar.

Bercakap di Putrajaya hari ini, Johari berkata di kebanyakan negara, masyarakatnya memilih untuk menyewa bagi tempoh masa lebih lama sehingga mereka mempunyai wang mencukupi bagi membeli rumah.

"Ia budaya kita. Kami tidak percaya untuk menyewa selama 20 hingga 30 tahun.

"Kita perlu mengubah cara pemikiran. Apabila kamu ke UK atau negara lain, mereka hanya menyewa sehingga mereka mempunyai wang untuk membuat komitmen jangka panjang," katanya.


Sebagai alternatif, beliau berkata lebih banyak rumah mampu milik juga perlu dibina untuk tujuan sewaan.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog pelan transformasi nasional (TN50) dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Menari Depan Pesakit Bogel Yang Tidak Sedar Diri, 5 Orang Dipecat


Sekumpulan lima kakitangan sebuah hospital termasuk doktor dan jururawat telah dipecat selepas video yang memaparkan mereka menari-nari sambil mempersendakan pesakit di atas meja pembedahan, telah tersebar dalam media sosial.

Ketika itu, pesakit di hospital anta Cruz de Bocagrande di Colombia itu berada dalam keadaan bogel, tidak sedarkan diri dan dalam persediaan sebelum dibedah.

Rakaman berkenaan dipercayai dirakamkan oleh mereka yang terlibat dalam pembedahan terbabit.

Pihak berkuasa ketika mengesahkan tindakan tersebut memberitahu, video itu menunjukkan perbuatan petugas perubatan yang melanggar semua protokol kesihatan.

“Menghormati maruah setiap pesakit adalah perkara yang paling penting di klinik kami, oleh itu kami amat menyesal dengan tingkah laku yang tidak sesuai daripada mereka yang bekerja sebagai profesional dalam sektor kesihatan, yang dilihat dalam video yang dirakam dalam salah satu daripada bilik pembedahan kami,” kata jurucakap hospital terbabit.

Menurutnya, perbuatan lima kakitangan hospital itu juga telah melanggar protokol dan ia merupakan kali pertama dalam masa tujuh tahun di mana perkhidmatan terbaik mereka berdepan dengan keadaan ini.

“Kami telah mengambil langkah tertentu untuk memastikan kejadian itu tidak berulang,” katanya.

Ibubapa Dapat Cuti Jika Anak sakit


Mesyuarat Exco Kerajaan Pulau Pinang meluluskan cadangan agar ibu bapa diberi cuti tiga hari untuk membawa anak berusia bawah 12 tahun mendapatkan rawatan doktor.

GEORGETOWN- Mesyuarat Exco Kerajaan Pulau Pinang meluluskan cadangan agar ibu bapa diberi cuti tiga hari untuk membawa anak berusia bawah 12 tahun mendapatkan rawatan doktor.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri menerima pakai cadangan itu namun ia tidak boleh dilaksanakan serta merta kerana perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terlebih dahulu.

“Tiga hari cuti tahun akan diberikan kepada ibu bapa yang membawa anak berusia 12 tahun yang sakit untuk berjumpa doktor. Namun, kerajaan negeri berada di bawah JPA dan atas sebab itu, kita perlu membuat permohonan dahulu.

“Saya sudah mengarahkan Setiausaha Negeri (SUK) membuat permohonan kepada JPA, dan selepas mendapat kelulusan, baru boleh laksanakan ke atas semua penjawat awam dalam agensi Kerajaan Pulau Pinang,” katanya kepada media semalam.

Guan Eng berkata, cadangan itu diluluskan bagi menggalakkan kaum wanita terlibat dalam tenaga kerja.

“Kita memerlukan kadar penyertaan tenaga kerja wanita yang lebih tinggi dan di Pulau Pinang, kita hanya mempunyai 59 peratus. Walaupun purata di peringkat nasional 54 peratus, tetapi untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi, kita memerlukan lebih daripada 60 peratus.

“Sehubungan itu, sebaik sahaja JPA meluluskannya, butiran akhir permohonan untuk kebenaran akan dapat diselesaikan,” katanya.

Sementara itu, Exco Pembangunan Keluarga dan Wanita, Chong Eng berkata, cadangan itu dibuat bagi menunjukkan kerajaan negeri peka dengan keadaan ibu bapa yang tidak mempunyai sistem sokongan.

Menurutnya, ibu bapa yang bekerja mempunyai kekangan masa dalam menguruskan anak kecil sekiranya mereka sakit.

“Terima kasih kepada Mesyuarat Exco kerana menerima cadangan ini. Cadangan ini sebagai langkah agar ibu bapa yang bekerja dapat memberikan perhatian lebih kepada anak kecil yang sakit.

“Ini kerana, ramai ibu bapa terpaksa bersusah payah untuk membahagikan masa antara kerja dan menjaga anak serta keluarga,” katanya.

Kelmarin, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dalam mesyuaratnya malam kelmarin membuat keputusan untuk menerima pakai cuti untuk ibu bapa seperti yang dicadangkan oleh Wanita DAP.

Cadangan itu dibuat Chong Eng atas dasar ramai ibu bapa muda yang bekerja terutama mereka yang tidak mempunyai sokongan keluarga yang tinggal di bandar sedang bergelut antara pekerjaan dan menjaga anak-anak serta keluarga.

Tolong Jangan Sapu Bedak Talkum Pada Alat Sulit Bayi Perempuan

CAP Pulau Pinang Dedah Risiko Terkena Kanser Ovari

"Dah jadi kebiasaan, ibu-ibu letak bedak talkum ke seluruh tubuh badan dgn alasan taknak kena ruam..ada yg letak terus ke alat sulit bayi..kalu ibu-ibu tahu apa risiko buat mcm nie, bulu roma ibu-ibu confirm tegak berdiri..sebab apa ?sebab sgt berisiko nak kena kanser bahaya terutamanya bayi perempuan..tolong, tolong dan tolong..sebarkan supaya ibu-ibu di luar berhenti sapu bedak, gantikan dgn minyak sapu..sebarkan secepat mungkin.."


Tolong Jangan Sapu Bedak Talkum Pada Alat Sulit Bayi Perempuan
Menjadi satu kebiasaan bagi ibu yang punya bayi untuk meletakkan bedak talkum pada seluruh tubuh bayi dengan alasan untuk mengelakkan ruam.tidak ketinggalan ibu akan meletakkan secara terus di bagian alat sulit bayi.

Tapi sebenarnya tindakan ini sangat berisiko terutama pada payi perempuan,rutin menyapu bedak kebagian sulut bayi perempuan boleh mengundang penyakit kanser berbahaya.
Menurut kajian kesan buruk ini berpunca dari bahan utama bedak talkum yang mengandungi magnesium silicate hydroxide dikenali sebagai talc,ia juga menjadi ramuan utama dalam bedak bayi,bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk berjenama terkenal.

Tacl telah dikenal pasti sejak dulu,sebagai bahan beracun yang zarahnya boleh menyebabkan tumor dalam ovari dan paru paru,beberapa kajian yang dibuat menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan pengidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka.
Risiko kanser ovari.

Zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.berdasarkan Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari.

Dalam pada masa itu persatuan pengguna pulau pinang CAP sebelum ini juga pernah mendedahkan wanita yang memamaki bedak talkum 40 peratus lebih berisiko mengidap kanser ovari.jadi banyangka apa akan terjadi jika kita menyapu bedak talkum ini pada anak perempuan sejak usia bayi lagi.
Menyadari kesan ini ibu ibu dinasihatkan memakai bedak yang diperbuat dari tepung jangung atau tepung beras,ibu ibu pula digalakkan guna minyak sapu,bukan bedak talkum bagi merasai masalah ruam pada kulit bayi.

Pada tahun 2016 lalu,firma johnson & johnson terpaksa membayar pampasan berjumlah AS$55 juta kepada keluar seorang wanita Amerika serikat yang didakwa mati akibat kanser ovari.

Selepas dikecam, Nasi Lemak Gay gulung tikar?


Kontroversi Nasi Lemak Pondan belum pun reda, kini muncul pula Nasi Lemak Gay, sehingga menjadi tular dan bualan netizen di media sosial.

Malahan, pengusaha Nasi Lemak Gay ini mengakui berdepan situasi sukar sejak hari pertama nama itu digunakan untuk mempromosi jualannya.

Susulan itu, operasi gerai berkenaan terpaksa dihentikan sementara selepas menerima pelbagai reaksi dan kecaman.

Pengusahanya, Adi Yusuf, 33, berkata, dia tidak menyangka nama Nasi Lemak Gay yang digunakan untuk perniagaannya sekelip mata mencetuskan kekecohan.

"Saya berniaga nasi lemak di situ sejak akhir Januari lalu. Hanya baharu semalam (Selasa) saya pasang 'banner' dengan nama Nasi Lemak Gay.

"Saya tak sangka ia kecoh satu Malaysia. Saya terus kena kecam. Kuasa media sosial sangat menakutkan.

"Saya ambil keputusan untuk berhenti berniaga buat sementara selepas menerima banyak kecaman. Saya tunggu ia reda dahulu," katanya kepada mStar Online.

Adi bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa Nasi Lemak Gay bukanlah bermaksud lelaki gay atau homoseksual, sebaliknya ia adalah singkatan kepada Gerai Adi Yusuf.

"Saya memang tak terfikir pasal nama itu akan mengundang pelbagai reaksi kerana ia adalah singkatan kepada Gerai Adi Yusuf, nama saya sendiri.

"Saya bukan letak nama Nasi Lemak Gayboy pun. Saya tak sangka masyarakat terus menghina saya dan menjatuhkan hukum tanpa usul periksa," ujar Adi dengan nada kesal.

Nasi Lemak Gay yang beroperasi pada setiap pagi di Taman Segar, Cheras itu menjual nasi lemak biasa pada harga RM2, nasi lemak kerang (RM4) dan nasi lemak ayam (RM5).

Turut dijual adalah beberapa makanan untuk sarapan pagi seperti bihun goreng, mi goreng, kueh teow goreng dan pelbagai jenis kuih.

Selain Nasi Lemak Gay dan Nasi Lemak Pondan, terdapat beberapa gerai nasi lemak yang menggunakan nama lain daripada yang lain sebagai strategi memancing pembeli seperti Nasi Lemak Anak Dara dan Nasi Lemak Spiderman.

Misteri Jalan Lama Bukit Bauk



Bukit Bauk yang terletak 6 km dari bandar Dungun, melalui jalan Dungun-Kuantan dan 130 km dari Bandar kuala Terengganu. Bukit Bauk menyimpan pelbagai kisah suka duka baik bagi penduduk setempat ataupun pengguna jalanraya yang lain. Jalan lama yang berselekoh tajam, mengundang malapetaka jika anda lalai.

bukit bauk

Sebelum jalan baru dibina untuk mengantikan jalan lama Bukit Bauk yang merentasi celah-celah bukit, memang terdapat banyak kisah misteri dan seram berlaku disitu. Jalan lama Bukit Bauk dahulu, terdapat banyak selekoh dan jalan 2 halanya yang mampu memuatkan dua buah kenderaan sahaja. Dengan keadaan jalannya yang tidak berapa sempurna, terdapat banyak kemalangan maut yang berlaku disini.

Kesan daripada kemalangan maut tersebut, mulalah timbul bermacam kisah seram yang dialami oleh pengguna yang melalui jalan tersebut. Pernah juga kelibat haiwan liar yang menghuni hutan Bukit Bauk seringkali berkeliaran di tepi-tepi hutan sepanjang jalan.

Pelbagai kisah seram yang pernah diceritakan oleh pengguna yang mengalami peristiwa menakutkan itu. Antara kisah seram yang berlaku disitu adalah kisah seram kelibat seorang perempuan berambut panjang menahan kenderaan untuk menumpang ke satu tempat. Ada juga kisah orang terserempak dengan susuk tubuh manusia tanpa kepala yang berdiri ditepi jalan lama. Menurut cerita lama, kelibat tanpa kepala itu adalah kelibat askar Jepun zaman dahulu.

hantu jepun

Penulis sendiri pernah mengalami peristiwa aneh yang hampir meragut nyawa. Ianya berlaku lebih kurang 6 tahun dahulu sewaktu penulis bersama rakan memandu pulang ke Dungun. Setibanya kami di selekoh Bukit Bauk yang berhadapan dengan jalan masuk Rimba Bukit Bauk, penulis yang memandu ketika itu terlihat seperti jalan dihadapan bercabang dua. Kejadian tersebut membuatkan kereta yang kami naiki terbabas dan hampir melanggar tembok batu.

Rakan penulis juga pernah menceritakan apabila beliau yang sedang memandu lori ketika itu, melalui jalan Bukit Bauk, tiba-tiba terlihat kelibat jelmaan perempuan menumpang dibelakang lorinya. Kisah ini adalah satu daripada banyak lagi kisah yang menyeramkan berlaku di Bukit Bauk.

Walaupun jalan lama Bukit Bauk telah ditutup dan digantikan dengan jalan baru yang lebih lurus dan besar, masih berlaku lagi kemalangan maut dan perkara-perkara yang menyeramkan terutamanya kepada pengguna yang kali pertama melalui jalan tersebut.

Tapi, kami juga ingin menasihatkan supaya lebih berhati-hati apabila melalui jalan Bukit Bauk terutamanya ketika hujan. Banyak kemalangan yang terjadi disini disebabkan keadaan jalan yang licin. Juga berhati-hati ketika melaluinya diwaktu malam, bimbang juga haiwan liar yang melintas.

Anda ada cerita seram yang pernah dialami ketika menggunakan jalan Bukit Bauk ini? Tidak kisahlah jalan lama atau baru, anda boleh kongsikan kepada kami untuk tatapan pembaca yang lain. Anda boleh mesej kami di page Orang Terengganu di Facebook atau menghantarkan artikel cerita anda kepada kami.