Showing posts with label Parah. Show all posts
Showing posts with label Parah. Show all posts

Ini Sebabnya Kita Dilarang Gantung Gambar Kahwin Dalam Rumah. [ Baca Dan Sebarkan..!! ]



Ini Sebabnya Kita Dilarang Gantung Gambar Kahwin Dalam Rumah.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Gambar Hiasan


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah..

Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud:
 “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”
Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.

Oleh itu gambar2 makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang disimpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.

Ada pun gambar2 yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding2 rumah.

Wallahua’lam ( Rujukan Kitab Rawa’iul Bayaan Juz 1 )

Sudah-Sudahlah Tu Bagi Makanan Pada Gelandangan..

Penat dah nak cakap isu memberi makanan kepada gelendangan.

Semalam dapat panggilan mengatakan Pusat Transit Gelendangan (PTG) tidak ada makanan dari pelajar IPTS. Saya terus tanya mana dapat maklumat? Dia cakap kawan beritahu.
Respon netizens
Niat beliau memang baik tapi lansung tidak buat homework. Saya tanya kamu dah tengok ke jadual di PTG? Setiap hari ada NGO yang menghantar makanan. Dia jawab, dia belum pergi, dengar dari kawan sahaja.
Moral of the story disini, agaknya disinilah bermula lambakan makanan pada para gelendangan sehingga makanan dibuang dan dibazirkan. Semua kerana, malas nak buat kaji selidik, dengar cakap orang lain.
Sekarang dah ada pulak kumpulan yang tolong membersihkan kawasan di mana gelendangan makan kerana adanya kumpulan-kumpulan yang tidak bertanggungjawab yang melambakkan makanan kepada gelendangan. Maka lambakan makanan menjadi sampah. Bila jadi lambakan sampah di sekitar kawasan tempat tumpuan gelendangan, siapa nak bersihkan? Korang rasa tu kerja Alam Flora? Menteri Wilayah marah korang semua marah. Tapi hakikat, kalau regular soup kitchen, dia tak tinggalkan makanan dan pergi, mereka kemas dahulu.
Anda bayangkan, satu malam, setiap gelendangan boleh mendapat minimum 4 paket, maksimum 8 paket makanan. Perut mereka setahu saya ada satu sahaja.
Semua nak kejar glamer tunjuk buar CSR bagi gelendangan makan. Kononnya nak tambah pahala.Ada yang sanggup turun pukul 3 pagi, kejut gelendangan yang sedang tidur kononnya nak bagi makan.
Maaf bahasa saya kasar, tapi korang rasa korang nak jamu hantu ke keluar pukul 3 pagi???? Kalau korang ada masalah tidur, janganlah ganggu yang tidur. Kalau nak jamu sarapan datanglah selepas 630 pagi.
Dah berbuih membebel suruh bekerjasama dengan soup kitchen yang sedia ada. Yang malas nak cari info, saya bagi link kat sini. Jadilah rakyat Malaysia yang ada keinginan membaca maklumat, bukan gosip artis mana dating dengan siapa sahaja.
Biarlah kita mengumpul pahala, bukan bala. Hargai makanan, kurangkan pembaziran.

Rakyat Dinasihat Sewa, Jangan Beli Rumah, kata Menteri


 
Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani mahu rakyat negara ini menukar cara pemikiran mereka berhubung pembelian rumah ketika muda dan menanggung hutang jangka panjang yang besar.

Bercakap di Putrajaya hari ini, Johari berkata di kebanyakan negara, masyarakatnya memilih untuk menyewa bagi tempoh masa lebih lama sehingga mereka mempunyai wang mencukupi bagi membeli rumah.

"Ia budaya kita. Kami tidak percaya untuk menyewa selama 20 hingga 30 tahun.

"Kita perlu mengubah cara pemikiran. Apabila kamu ke UK atau negara lain, mereka hanya menyewa sehingga mereka mempunyai wang untuk membuat komitmen jangka panjang," katanya.


Sebagai alternatif, beliau berkata lebih banyak rumah mampu milik juga perlu dibina untuk tujuan sewaan.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog pelan transformasi nasional (TN50) dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Menari Depan Pesakit Bogel Yang Tidak Sedar Diri, 5 Orang Dipecat


Sekumpulan lima kakitangan sebuah hospital termasuk doktor dan jururawat telah dipecat selepas video yang memaparkan mereka menari-nari sambil mempersendakan pesakit di atas meja pembedahan, telah tersebar dalam media sosial.

Ketika itu, pesakit di hospital anta Cruz de Bocagrande di Colombia itu berada dalam keadaan bogel, tidak sedarkan diri dan dalam persediaan sebelum dibedah.

Rakaman berkenaan dipercayai dirakamkan oleh mereka yang terlibat dalam pembedahan terbabit.

Pihak berkuasa ketika mengesahkan tindakan tersebut memberitahu, video itu menunjukkan perbuatan petugas perubatan yang melanggar semua protokol kesihatan.

“Menghormati maruah setiap pesakit adalah perkara yang paling penting di klinik kami, oleh itu kami amat menyesal dengan tingkah laku yang tidak sesuai daripada mereka yang bekerja sebagai profesional dalam sektor kesihatan, yang dilihat dalam video yang dirakam dalam salah satu daripada bilik pembedahan kami,” kata jurucakap hospital terbabit.

Menurutnya, perbuatan lima kakitangan hospital itu juga telah melanggar protokol dan ia merupakan kali pertama dalam masa tujuh tahun di mana perkhidmatan terbaik mereka berdepan dengan keadaan ini.

“Kami telah mengambil langkah tertentu untuk memastikan kejadian itu tidak berulang,” katanya.

Nak Tahu Stesen Mana Tawarkan Minyak Murah? Ini Aplikasi Yang Perlu Anda Dapatkan


Seperti yang ramai daripada anda sudah tahu, hari ini merupakan hari pertama pihak kerajaan telah menguatkuasakan pelarasan harga minyak secara mingguan. Pelarasan yang dibuat pihak kerajaan ini bukan sahaja menjadi penanda aras malah membolehkan rangkaian stesen minyak meletakkan harga penjualan yang tersendiri atau lebih rendah.



SUMBER: AZELERY
Sebagai pengguna, pastinya harga yang rendah menjadi keutamaan. Namun muncul lagi satu masalah tentang lokasi stesen minyak yang manakah menawarkan minyak dengan harga yang rendah. SyokDriver yang dibangunkan Agmo Studio menjadi pembangun yang terawal untuk mengongsikan rangkaian stesen minyak yang menjual dengan harga rendah di kawasan sekitar anda.

Cara untuk menggunakan aplikasi ini sangat mudah, anda hanya log in menggunakan akaun Facebook anda seterusnya mengaktifkan location pada smartphone anda. SyokDriver akan menyeneraikan harga bagi petrol RON 95, RON 97 serta diesel di kawasan sekitar anda.





Buat anda yang ingin mencuba aplikasi SyokDriver, anda boleh klik di sini untuk Android dan di sini untuk iOS. Setakat percubaan saya di bahagian Utara Malaysia, boleh dikatakan kesemua rangkaian stesen minyak masih mengekalkan harga RM2.13 sewaktu artikel ini ditulis.

Dikhabarkan ‘perang harga’ telahpun berlaku sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Anda boleh cuba sendiri aplikasi yang sangat mudah diakses ini. Mana tahu, rezeki anda untuk berpeluang mengisi minyak dengan harga sedikit rendah. Oh ya, jangan lupa share bersama rakan-rakan anda di Facebook untuk kongsikan tips dapatkan minyak murah ini ya.

Ibubapa Dapat Cuti Jika Anak sakit


Mesyuarat Exco Kerajaan Pulau Pinang meluluskan cadangan agar ibu bapa diberi cuti tiga hari untuk membawa anak berusia bawah 12 tahun mendapatkan rawatan doktor.

GEORGETOWN- Mesyuarat Exco Kerajaan Pulau Pinang meluluskan cadangan agar ibu bapa diberi cuti tiga hari untuk membawa anak berusia bawah 12 tahun mendapatkan rawatan doktor.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri menerima pakai cadangan itu namun ia tidak boleh dilaksanakan serta merta kerana perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terlebih dahulu.

“Tiga hari cuti tahun akan diberikan kepada ibu bapa yang membawa anak berusia 12 tahun yang sakit untuk berjumpa doktor. Namun, kerajaan negeri berada di bawah JPA dan atas sebab itu, kita perlu membuat permohonan dahulu.

“Saya sudah mengarahkan Setiausaha Negeri (SUK) membuat permohonan kepada JPA, dan selepas mendapat kelulusan, baru boleh laksanakan ke atas semua penjawat awam dalam agensi Kerajaan Pulau Pinang,” katanya kepada media semalam.

Guan Eng berkata, cadangan itu diluluskan bagi menggalakkan kaum wanita terlibat dalam tenaga kerja.

“Kita memerlukan kadar penyertaan tenaga kerja wanita yang lebih tinggi dan di Pulau Pinang, kita hanya mempunyai 59 peratus. Walaupun purata di peringkat nasional 54 peratus, tetapi untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi, kita memerlukan lebih daripada 60 peratus.

“Sehubungan itu, sebaik sahaja JPA meluluskannya, butiran akhir permohonan untuk kebenaran akan dapat diselesaikan,” katanya.

Sementara itu, Exco Pembangunan Keluarga dan Wanita, Chong Eng berkata, cadangan itu dibuat bagi menunjukkan kerajaan negeri peka dengan keadaan ibu bapa yang tidak mempunyai sistem sokongan.

Menurutnya, ibu bapa yang bekerja mempunyai kekangan masa dalam menguruskan anak kecil sekiranya mereka sakit.

“Terima kasih kepada Mesyuarat Exco kerana menerima cadangan ini. Cadangan ini sebagai langkah agar ibu bapa yang bekerja dapat memberikan perhatian lebih kepada anak kecil yang sakit.

“Ini kerana, ramai ibu bapa terpaksa bersusah payah untuk membahagikan masa antara kerja dan menjaga anak serta keluarga,” katanya.

Kelmarin, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dalam mesyuaratnya malam kelmarin membuat keputusan untuk menerima pakai cuti untuk ibu bapa seperti yang dicadangkan oleh Wanita DAP.

Cadangan itu dibuat Chong Eng atas dasar ramai ibu bapa muda yang bekerja terutama mereka yang tidak mempunyai sokongan keluarga yang tinggal di bandar sedang bergelut antara pekerjaan dan menjaga anak-anak serta keluarga.