Seperti yang ramai daripada anda sudah tahu, hari ini merupakan hari pertama pihak kerajaan telah menguatkuasakan pelarasan harga minyak secara mingguan. Pelarasan yang dibuat pihak kerajaan ini bukan sahaja menjadi penanda aras malah membolehkan rangkaian stesen minyak meletakkan harga penjualan yang tersendiri atau lebih rendah.
SUMBER: AZELERY
Sebagai pengguna, pastinya harga yang rendah menjadi keutamaan. Namun muncul lagi satu masalah tentang lokasi stesen minyak yang manakah menawarkan minyak dengan harga yang rendah. SyokDriver yang dibangunkan Agmo Studio menjadi pembangun yang terawal untuk mengongsikan rangkaian stesen minyak yang menjual dengan harga rendah di kawasan sekitar anda.
Cara untuk menggunakan aplikasi ini sangat mudah, anda hanya log in menggunakan akaun Facebook anda seterusnya mengaktifkan location pada smartphone anda. SyokDriver akan menyeneraikan harga bagi petrol RON 95, RON 97 serta diesel di kawasan sekitar anda.
Buat anda yang ingin mencuba aplikasi SyokDriver, anda boleh klik di sini untuk Android dan di sini untuk iOS. Setakat percubaan saya di bahagian Utara Malaysia, boleh dikatakan kesemua rangkaian stesen minyak masih mengekalkan harga RM2.13 sewaktu artikel ini ditulis.
Dikhabarkan ‘perang harga’ telahpun berlaku sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Anda boleh cuba sendiri aplikasi yang sangat mudah diakses ini. Mana tahu, rezeki anda untuk berpeluang mengisi minyak dengan harga sedikit rendah. Oh ya, jangan lupa share bersama rakan-rakan anda di Facebook untuk kongsikan tips dapatkan minyak murah ini ya.