Gambar lima sekawan tersebut telah dirakam dengan kamera litar tertutup, CCTV kedai dobi tersebut.
Semalam, telah viral di Facebook dengan gambar lima sekawan yang dimuat naik oleh Azhar Fazin dengan tajuk "Buat kerja 6.02 pagi...cuba pecah dobi".
Di fahamkan, kejadian yang berlaku di Ipoh, Perak tersebut berlaku pada jam 6.02 pagi di mana lima orang kanak-kanak lelaki menendang dan cuba memecahkan mesin pertukaran wang kepada token di kedai dobi yang dipercayai milik Azhar Fazrin bagi mendapatkan wang terkumpul di dalam mesin tersebut.
Gambar lima sekawan tersebut telah dirakam dengan kamera litar tertutup, CCTV kedai dobi tersebut. Menurut komen salah seorang kenalan Azhar Fazrin, mereka mahu ibu bapa kanak-kanak terbabit untuk tampil dan memohon maaf kepada mereka jika tidak mahu gambar kanak-kanak tersebut diviralkan.
Mencuri adalah satu kesalahan dan cara terbaik ialah dengan memahami mengada anak anda melakukannya. Kanak-kanak yang mencuri selalunya berfikir mereka harus memiliki apa yang mereka curi walaupun ibu bapa mereka tidak mampu membelinya.
Salah satu punca ialah melihat kawan-kawan memiliki semua itu dan mereka rasa terdorong untuk memiliki juga. Namun terdapat juga kanak-kanak yang mencuri kerana rasa teruja atau pengaruh rakan-rakan.
Anak mencuri, apa yang anda boleh lakukan?
Laman sesawang, parents 4 success telah berkongsi tentang tips apa yang anda boleh lakukan jika mendapati anak anda mencuri.
- Berbincang secara serius dengan mereka
- Tanya mereka mengapa mereka mencuri. Apa keinginan mereka hingga menyebabkan mereka mencuri?
- Kemudian, beritahunya "Sekarang bagi ibu terangkan pendapat ibu..."
- Mencuri adalah satu kesalahan
- Jika mencuri, pasti akan ada mangsa kecurian
- Sebagai ibu, anda mesti memupuk kesedaran moral di dalam dirinya dan anda tidak boleh melepaskan dia atas perbuatan mencurinya demi masa depannya
- Kita tidak boleh memiliki semua yang kehendak kita.
- Beritahu yang anda sedih dengan tindakannya
- Terangkan pentingnya kepercayaan di dalam sesuatu perhubungan, perbuatan mencuri memecahkan kepercayaan tersebut.
- Beritahu mereka yang anda kecewa dengan tindakan mereka.
- Terangkan pentingnya untuk tidak mencuri lagi.
- Akibat mencuri (untuk yang kali pertama mencuri)
Pastikan mereka memulangkan apa yang mereka curi dan meminta maaf
Sekiranya mereka tidak dapat memulangkan apa yang mereka curi, ajarkan mereka untuk berusaha 'bekerja' atau membuat sesuatu yang boleh menyamai nilai yang mereka telah curi. Pastikan dia tidak mendapat apa-apa manfaat dari perbuatan mencuri.
Memberi hukuman seperti tidak boleh keluar bermain, tidak boleh menonton televisyen, tidak boleh bermain komputer dan sebagainya.
Menarik kelebihan yang mereka ada seperti penggunaan telefon bimbit hanya di depan anda dan selebihnya anda akan menyimpan telefonnya.
Berbincang dengan anak anda sekiranya mereka menerima yang mereka telah membuat salah. Bantu mereka faham apa yang telah mereka pelajari dari kesalahan mereka. Maafkan mereka dan pastikan mereka memaafkan diri mereka juga.
Reaksi dan tindakan anda sebagai ibu bapa terhadap perbuatan mereka akan membentuk mereka kemudian. Jika anda membiarkan, mereka akan berasa perbuatan mencuri itu bukanlah kesalahan besar.
Namun jika anda terlampau tegas, mereka mungkin akan merasakan yang anda cuma memandang kesalahan mereka. Jadi, cuba bertindak sewajarnya mengikut penerimaan anak anda.