Bila ramai orang share screenshot dan kutuk buku Fattah, bila tanya dia beli ke tak, dia jawab belum beli. Orang macam ni, kita tak patut hormat. Itu namanya bukan kritik, tu namanya hentam ikut-ikutan. Lalang.
Beli dululah, dan baca, kalau ada lahir rasa tak puas hati, kongsikan pandangan. Itu baru lah namanya kritik. Baru layak.
Negara membangun, kalau dia kritik buku lain, kritikannya boleh jadi judul buku baru. “Kritikan Ke Atas Karya Hamka (misalnya).” Atau, “Apa Yang Sesat Dari Kitab XXX.” Itu baru ciri-ciri rakyat bertamadun.
Bukanlah kita patut kritik sampai tahap nak tulis buku baru. Tapi nak tunjuk, betapa detailnya rakyat bertamadun membuat kritikan. Barulah rakyat jadi rajin membaca. Celik minda.
Ni nak kutuk buku orang, beli buku tu pun belum. Sembang je lebih.
Dia kawan dengan Nelofa. Mestilah dia dah belajar samada patut atau tak terbit buku macam tu. Marketing kena pandai. Tak pasal yang kutuk dah naikkan rating bukunya. Berjaya, kan.
Pernah tengok orang bagi review, tapi dia tak beli? Layak ke dipanggil REVIEW? Kita nak tengok wayang pun baca review orang, takkan kita nak cari reviewer yang belum tonton filem tu?
Ni bukannya isu kita akan membantu produk yang dirasakan ‘sampah’. Sekurangnya, peganglah dulu, baca, sampai habis, baru review.
Tak mampu? Paling koman pun, pinjamlah dari orang yang beli. Free je. Reviewer filem pokai pun, dia guna torrent, asalkan dapat tengok habis filem tu, baru kritik.
Takkan ikut-ikutan je. Come on lah.
Ibaratnya, macam kau belum pergi Iran, tapi dah kata semua Iran tu syiah. Ha, ni jangan kata aku syiah pulak. Aduiii…
Al Irfan Jani