Beberapa minggu yang lalu kebanyakan syarikat telekomunikasi telah memperkenalkan kemaskini pelan telekomunikasi mereka untuk tahun ini. Celcom telah memperkenalkan pelan pascabayar FIRST™ Gold yang membawakan pelbagai tawaran untuk pelanggan pada kadar bil bulanan RM 80. Jika anda masih tidak tertarik kerana harganya, berikut merupakan lima dalil untuk membantu anda dalam membuat keputusan yang penting ini.
Sehingga 10GB Data Internet
Sekali dengar mungkin anda rasa macam mustahil, bagaikan sedang tinggal di negara yang lebih maju dengan lebih penawaran data. Untuk pelan ini, Celcom memberikan kuota data internet sebanyak 5GB setiap bulan. Tapi apa yang membezakan Celcom dengan yang lain adalah 5GB tersebut hanya untuk hari bekerja Isnin hingga Jumaat setiap bulan. Untuk waktu hujung minggu, Celcom memberikan 1.25GB untuk hari Sabtu dan Ahad, sekaligus menjumlahkan kesemua tempoh hujung minggu sepanjang bulan tersebut menjadi 5GB. Justeru anda akan menerima 10GB setiap bulan.
Baki Data Boleh Dibawa Ke Bulan Hadapan
Untuk baki jumlah data yang tidak digunakan, ia boleh dibawa ke bulan hadapan, salah satu perkara yang menguntungkan pengguna. Celcom juga merupakan satu-satunya yang menyediakan tawaran ini dan data boleh dibawa ke bulan hadapan sehingga 5GB, dan boleh menjadikan jumlah data anda sehingga 15GB. Dengan 15GB data, pelbagai perkara boleh dilakukan pada rangkaian 4G LTE Celcom.
Celcom First Gold
Penggunaan Panggilan Dan SMS Tanpa Had
Mungkin dulu anda sentiasa berkira untuk melakukan panggilan dan menghantarkan SMS kepada rakan-rakan. Atau mungkin anda memilih sesetengah pelan pascabayar kerana pelan tersebut menawarkan panggilan dan SMS percuma dengan syarat didalam rangkaian yang sama. Dengan pelan pascabayar FIRST™ Gold oleh Celcom ini, anda boleh melupakan kuota panggilan dan SMS anda. Dengan panggilan dan SMS tanpa had, ia mampu membantu anda menghubungi rakan yang lebih pantas dan tawaran tanpa had ini bukannya pada satu rangkaian, malah kepada rangkaian telekomunikasi yang lain.
Perkhidmatan Penstriman Yonder Music
Apabila telefon pintar dicipta, ia juga ditambah keupayaannya untuk memainkan muzik. Namun untuk peranti yang mempunyai kapasiti storan terhad, mungkin salah satu cabaran adalah untuk menyimpan muzik. Kenapa simpan muzik jika anda boleh menstrimkan muzik tersebut ? Pelanggan FIRST™ Gold akan memperoleh perkhidmatan Yonder Music secara percuma tanpa sebarang caj langganan. Malah proses penstriman muzik ini juga tidak akan menggunakan sebarang kuota data, dan peminat muzik pastinya menghargai tawaran ini apabila boleh menerima pas-pas khusus untuk acara muzik berkaitan pada bulan tersebut.
Langgan Telefon Baru Dengan NewPhone
Acapkali apabila tibanya telefon baru, andalah orang terawal yang akan mencari jalan untuk mendapatkan wang tambahan bagi membeli telefon baru yang selalunya memerlukan deposit peranti. Dengan tawaran NewPhone™ oleh FIRST™, anda berhak untuk menerima telefon yang terkini di pasaran, jauh lebih awal dari pengguna yang lain. Bagi mendapatkan tawaran ini, ianya adalah mudah apabila melanggan mana-mana pelan pascabayar FIRST™.
Bagi melakukan penukaran pelan pascabayar, anda boleh hadir ke cawangan Blue Cube dan Celcom Xclusive berdekatan, atau mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaannya di laman web mereka. Lakukan penukaran pelan secepat mungkin kerana promosi ini akan berakhir pada akhir bulan Mac 2016.