Sebelum Anda Berhutang, Sila Ambil Tahu Apa Islam Kata Pasal Hutang



Apabila berhutang dengan bank, kita selalu takut tak mahu bayar balik.

Sebab bank boleh ambil harta kita yang lain disebabkan hutang tersebut.

Malangnya, apabila berhutang dengan orang lain, sama ada kawan-kawan atau saudara mara kita selalu mengambil ringan isu hutang. Sedangkan berhutang sama ada dengan bank atau dengan individu, kewajipan membayar balik hutang adalah sama.

Nabi Muhammad saw bersabda:

1. Penangguhan bayar hutang oleh orang yang mampu adalah satu kezaliman (Shahih Bukhari)

2. Allah swt mengampunkan dosa orang yang mati Syahid kecuali hutang (Shahih Muslim)

3. Ketika ditanya kenapa selalu berdoa minta perlindungan dari berhutang, baginda saw pun menjawab, orang yang berhutang ini apabila dia bercakap dia menipu, apabila dia berjanji, dia mungkir. (Shahih Bukhari)

Na’uzubillah.

Hati-hati dengan berhutang.

Jika ada masalah, sila berjumpa dengan pemberi hutang dan berbincanglah dengan baik. Bukan melarikan diri jauh-jauh dan buat-buat tidak tahu pasal hutang yang ada.

Malah, dengan medium media sosial dapat tunjuk dia dah “kaya” dengan mampu bercuti di luar negara, pakai kereta baru, pindah rumah baru. Sedangkan ada orang yang melihatnya dengan hati terluka, kerana masih liat bayar hutang.

Dosa dengan Allah swt kita dapat minta ampun. Dosa sesama manusia kita kena mohon maaf dengan individu itu sendiri.

Sila pelajari strategi-strategi urus duit untuk keluar dari hutang dengan cepat. Sila dapatkan Tutorial Online Panduan Cashflow untuk mengetahuinya melalui link berikut:

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »