Rata2 ramai aku tengok yang melenting apabila peniaga dalam talian atau online termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram selepas ini akan diwajibkan mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana jika tidak berdaftar maka ia akan diharamkan oleh undang2, bukan haram pada agama. Langkah itu dicadang untuk diperkenalkan bagi memelihara dan melindungi hak pengguna daripada dieksploitasi dan ditipu oleh peniaga.
Peniaga dalam talian atau online termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram diwajibkan mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), persidangan Dewan Negara diberitahu semalam.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, langkah itu diperkenalkan bagi memelihara dan melindungi hak pengguna daripada dieksploitasi dan ditipu oleh peniaga.
Sumber Kosmo!
Memang biasanya cadangan untuk daftar, dapatkan lesen dan cukai ini antaranya untuk dapatkan duit dan hasil kutipan untuk pendapatan negara. Namun tak dinafikan juga dengan peniaga online ini mendaftar syarikat mereka dengan SSM maka sekurang2nya hak pengguna sedikit sebanyak akan terpelihara daripada ditipu dan discam.
Ini kerana bila orang ditipu melalui urusniaga jual beli di Internet, bila buat laporan pun biasanya kita akan kena balik dengan jawapan2 seperti "Transaksi bank yang awak buat tu sah, yang kamu percaya tu kenapa?", "Kenapa awak senang sangat percaya kat orang yang awak tak kenal?" dan sebagainya. Biasanya penipuan online ni bukan sahaja di Facebook, Instagram, Whatsapp malah di Mudah.my pun selalu berlaku.
Konsep dia sama je dengan kita buat urusan jual beli dengan peniaga kat kedai yang syarikatnya tidak berdaftar dan takde lesen. Kita pergi satu gerai bangla jual jam tepi kaki lima yang dah tentu takde lesen, pastu kita beli 1 jam berharga RM20. Esok pagi jam dah rosak, pergi balik kat situ gerai bangla tu dah takde. Kalau kau buat report pun kau akan kena balik, "Siapa suruh kau beli barang kat bangla tu? Lesen apa pun takde macam mana kami nak check?".
Sebagai peniaga online di Internet, mungkin akan rasa ralat, susah dan benci dengan cadangan untuk daftar perniagaan dengan SSM, tapi bagi para pembeli dan pelanggan macam kami, kami pasti lebih selesa dan rasa lebih selamat untuk berurusan dengan peniaga online yang sudah ada lesen SSM. Malah kalau dapat paparkan lesen tu dalam Facebook pun lagi bagus macam kedai2 kat luar yang diwajibkan menggantung lesen di premis.
Sebab tu bagi aku, peniaga online yang betul2 serius berniaga macam orang berniaga kat luar pun harus dapatkan lesen perniagaan, macam jual tudung, pakaian bayi, barangan dapur, permainan kanak2 dan sebagainya. Kerana jika mereka tak perlu daftar dengan SSM, maka ia agak tidak adil bagi orang berniaga di luar yang kena daftar dengan SSM, dapatkan lesen, bayar sewa tapak gerai dan kedai, bayar cukai dan sebagainya.
Tapi kalau orang persendirian yang nak berniaga secara part-time dan kecil2an atau sekadar nak jual barangan terpakai dia kepada orang lain seperti yang biasa dilihat di Mudah.my, maka bagi aku tak perlulah daftar SSM. Cuma pelanggan kena pandai dan kalau boleh jangan buat transaksi bank dan minta barang dipos, seelok2nya buat temujanji, jumpa dengan penjual, lihat barang dan kalau puas hati baru buat bayaran (Cash On Delivery - COD) untuk mengelakkan penipuan.
Sebab kini siapa2 boleh tipu kat Internet. Hari ni aku setup satu page FB menjual tudung dan baju kurung peplum (barang2 yang biasa dapat menarik kaum wanita) dan bagi nama Lazidi Online Store. Tambah follower guna auto-script lepas tu bagi testimoni dan komen yang baik2 melalui akaun palsu. Lepas 1 2 minggu dah banyak orang buat order barang dan buat pembayaran, aku tutup page tu dan buat page baru jual benda sama gak dengan nama Zalori Online Store, dan kitaran yang sama berulang.
Suatu ketika dulu, perniagaan itu sangat mudah semudah sistem barter. Aku ada ayam, kau ada beras, kita tukar suka sama suka. Tiada penipuan, transaksi berlaku atas dasar kepercayaan. Tapi bila manusia sudah kenal erti tamak, nafsu mula menguasai diri, maka manusia mula menipu untuk kepentingan diri sendiri. Dan kini sedangkan depan2 pun orang berani menipu, apatah lagi di sebalik monitor komputer dengan orang yang tidak dikenali. So walaupun cadangan2 macam ni nampak tak best, tapi untuk kebaikan bersama kadang2 kita perlu juga buat.

10 comments
commentsjubo taik hahha
ReplyVote for 4m4n4h... kalau pengundi masih buta akal lg... sy pun tak tahu nak kata ape...
Reply1-1 Dia tunjuk... sikit2 Dia buka aib malaysian politician aka kerajaan... boleh tak kalau simpan sikit kebodohan 2 utk diri sendiri, tak yah galak nak tunjuk semua kat org... dah lapar kedarah sgt dgn duit rakyat yg bape sen ni... tak kenyang2 lg mkn hak org... Astaghfirullah'azim... jual online ni, seller ngn buyer 2-2 untung, xyah sewa kedai, dpt jual ngn harga lebih murah tp seller dpt untung lebih byk... dah la nk beli umah pun tak mampu sgt... nak suruh sewa kedai plak... 2 belum tentu ramai pelanggan... kebutuhan apakah ini...
Boleh daftar... dgn syarat semudah abc dgn zero pembayaran/bayaran yg sgt rendah... tp mampu ke nak layan, yg org minta lesen gerai pn ramai yg xdpt, nk layan bratus ribu peniaga on9... mcm tak terlayan je... pastu, stakat nak pamer sijil meniaga, blh je copy paste org lain punya... sama gak, blh je tipu...
ReplyMasalhnye sejauh mana perniagaan yg kononnya berdaftar itu bersih Dan selamat drpd penipuan..terutamanye yg melibatkn tokey2 besar dipasar raya2 besar di ibu kota...amek cth mudah kes lowyat....sampai jd kes perkauman baru2 ni...waktu bln Ramadan yg lalu....bnyk2 undang2 yg diperknalkn pihak berkuasa yg bunyinya enak utk mmbela rakyat tp pelaksanaannya hampeh...lihat isu gst baru2 ini, kononnya utk seragamkn cukai...Dan brg2 dijangka xkn naik siap iklan TV lg tp bla dilksanakn ia adalh sebaliknya....saya bkn nk bela kes penipuan perniagaan online tp kaedah biarlh nmpk kesungguhn utk membanteras penipuan bhkn bersifat memenuhi agenda tertentu...harap maaf sekadar pandangannya...
ReplyHURM YG ADE LESEN PUN MENIPU PELANGGAN MCMANE LAK?BERLAMBAK KOT ADE GAK YG X LEH DETECT..PASTU LARAT KER NK LAYAN PENIAGA ONLINE NI PEGI DAFTAR?CONFIRM KER BOLE BG LESEN SECEPAT MUNGKIN?DGN CARA PEKERJA KERAJAAN PUN NTAH PAPE SLOW JERK BT KEJE..NAPE NK KAUT GST UTK PENIAGA2 ONLINE PLK KER?KATA RAKYAT MALAYSIA X TAU JIMAT,TP BILA RAKYAT NK MENIAGA UTK MENMPUNG PERBELANJAAN MASING2 KORG KACAU LAK..LG SUSAH LA RAKYAT MALAYSIA NI NK MAJU...SERBA SERBI PENUH DGN POLITIK...POLITIK..POLITIK
ReplyKerajaan2 asyik nk collect tax jer keje bodoh btol....
ReplyEnter your comment...lama lama semuanya haram,g fb g lasung sama" mengutamakan keuntungan
ReplySalam...Berniagalah melalui marketplace, kerana tujuan diadakan marketplace adalah untuk mengelakkan penipuan. Cari yang percuma dan rendah caj komisen, and no GST contoh terbaru boleh tengok macam web www.halalsurf.com
ReplySudah lah zahid hamidi oiii...hari ni ko nak haramkan...esok lusa ko kenakan GST plak.... haperla..
ReplyPerniagaan online sy kecil aja.. 1bulan xda juga untung smp 1ribu.. kena daftar SSM juga kew? Daftar lesen perniagaan biasa blh kew? Sorry nak minta pendapat😊
Reply