KUALA LUMPUR 6 Dis. - Selepas mencadangkan pemansuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kumpulan bekas penjawat awam, G25 pula mahu penubuhan sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah.
Antara yang dicadang untuk dimansuhkan ialah hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.
Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, dengan berpandukan pada prinsip Perlembagaan, kumpulan tersebut menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.
Menurutnya, perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam, namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu.
“Ini bertentangan dengan Islam. Apa orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh ketuk pintu pada pukul 3 pagi dan menahan mereka, ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam, dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah.
“Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan taman awam,” tegasnya dalam sidang akhbar selepas Forum Islam Dalam Demokrasi Berparlimen di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) hari ini.
Yang turut hadir, Penasihat G25, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum, Datuk M. Redzuan Kushairi.
Noor Farida berkata, pelaksanaan undang-undang syariah menjadi masalah apabila ia melanggar Perlembagaan sehingga menjadikan dosa peribadi seseorang sebagai satu kesalahan jenayah.
“Bidang kuasa jawatankuasa perunding ini adalah untuk melihat jika sesungguhnya undang-undang itu melanggar Perlembagaan, mereka akan mencadangkan ia dimansuhkan atau dipinda,” tegasnya.
Tambahnya, G25 akan mendapatkan kerjasama dan penglibatan daripada semua NGO dalam membincangkan perkara tersebut termasuk kemungkinan memohon dana kerajaan untuk memudahkan pergerakan mereka.
Sementara itu, M. Redzuan berkata, jawatankuasa tersebut akan melakukan kajian menyeluruh untuk ‘memperbetulkan’ beberapa perkara di dalam undang-undang syariah yang telah melangkaui sempadan Perlembagaan.
“Ini akan melibatkan masyarakat dan orang ramai, mereka akan mengkaji undang-undang syariah dan sivil untuk melihat di mana bahagian yang pelaksanaan syariah ini melampaui Perlembagaan,” jelasnya.
11 comments
commentsFarida...r u a Muslim..???
ReplyOrg tua ni pening lalat...
ReplyKita hidup bermasyarakat dalam satu kelompok, kalau nampak jiran sebelah bawak masuk pasangan dalam rumah, siap bertukar pasangan setiap hari. takkan nak biarkan je.
Reply>.> nth la
Replysgt setuju dgn bauh fikiran nenek farida nie...khalwat tu urusan peribadi kita dgn Allah dgn syarat kalau buat sorang2...tapi apa kata kalau anak dara kpd nenek farida nie jadi 'peneman' kita berdua2an dalam rumah...? mesti nenek farida pun tak kan marahkan sbb itu 'urusan/dosa peribadi' kita dgn Allah kann...???
Replykalau ni berlaku
Replybersiaplah kita untuk menerima musibah dan bencana yg bertubi tubi menerpa
Ini antara contoh pengkaji agama, dan mengaji agama...
Replydia dulu duta ke belanda... belanda ni biasa la tepi jalan pun org kongkek.. jadi dia nak bawa budaya tu kesini.... rosak rosak.... mufti ulamak semua membisu
Replyorg tua ni dk wt selalu keja mcm tue, sb tue la dia fight kaw2 nk halalkn undg2 tuee....
Replyperlembagaan je ke bukak ? al quran ngan hadis x bukak ke datuk ? sia sia laaa datuk umur datuk pon dah separuh abad rumah kata pergi kubur kata mari kalau nak buat dosa buat sorang sorang jangan libat satu MALAYSIA. kat MALAYSIA ni ISLAM no 1 bukan HUMAN RIGHT kalau nak perjuangkan pegi amerika
ReplyNak kata bodo kang marah..blaja tinggi2 phd dpt datuk tp ilmu cetek..kau tau x hukum BERSUBAHAT? Kau nak ke jd salah satu punca hari kiamat? Kita MENCEGAH maksiat bukan MENYOKONG maksiat..mcm mana kalau anak/cucu kau khalwat? X yah la marah dosa dorg right? Sedeh la..nama ic je islam tp perangai sebijik mcm kapir harbi..kalau saidina umar masih ada ni..konfem dh kene hidup2 dia ni.. Dh tua x sedar2 diri lg..
Reply