Setelah kena block laman web ini, saya teringin nak mengetahui lebih lanjut. Kalau kena block tak semestinya saya tidak boleh guna akaun orang lain ye😊 (untuk peringatan semua)
Saya terpanggil untuk memberi testimoni sebab saya nampak gambar pesakit saya di laman web. Lalu saya menemuramah lah antara pesakit tersebut. Katanya "Doktor, tak ada pun saya ada kencing, buang duit saja".
Salah seorang daripadanya telah meninggal dunia baru-baru ini. Diiklankan katanya ada pertambahan sel hayat, kan? Kenapa pesakit ini sudah meninggal kan kita?
Lihat ingredien produk pun menakutkan: ganoderma, mycelium - jenis-jenis fungus😭. Masyaallah. Makan saja lah cendawan beli kat supermarket. Tak payah produk macam ini yang tentunya tiada kelebihan dan berpotensi memudharatkan.
Bagi pengamal perubatan, jangan tertipu akan produk-produk ini. Kalau menjual dengan cara testimoni dan menyentuh 20 pesakit kronik termasuk Buah Pinggang, ianya kesalahan dibawah Akta racun 1952 dibawah peraturan iklan ubat 1984. Anda boleh di buang kerja. Tak pasal-pasal merana padahal orang "atasan" produk untung berjuta. Dalam hati mereka akan gelakkan anda saja & langsung tidak kisah kehidupan masa depan anda ye.
Saya akan tetap mempertahankan pesakit-pesakit saya.
#JanganKacauPesakitKronik
Rafidah Abdullah
Pakar Buah Pinggang
#MedTweetMY
PS saya tak boleh masuk dah laman ni, kena blok macam biasa. Mungkin anda nak tempek testimoni saya 👆 disitu. Terima kasih ye.