Gara-gara viralkan foto pramugari yang enggan mengangkat begnya, pelakon Fathia Latiff dikritik 99% pengguna media sosial. Fathia pula hanya berdiam diri meskipun pelbagai spekulasi timbul.

Menurut individu berkenaan, pembantu peribadi Fathia sudah cuba untuk mengangkat beg itu tetapi kompartmen meletakkan beg agak tinggi. Kemudian, baru lah mereka meminta tolong kepada pramugari berkenaan.
Pada kami, lebih baik untuk Fathia juga tampil memberitahu setiap perkara dengan lebih terperinci. Bukan niat untuk menyebelahi mana-mana pihak, tetapi lebih elok agar tiada lagi pelbagai versi cerita yang keluar. Lagipun, perkara ini juga tidak akan berpanjangan.