Rakyat Perlu Jimat Belanja, Tanam Sayur di Rumah Bukan Pokok Bunga


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman meminta rakyat supaya menanam sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri dan bukannya bunga dan pokok-pokok perhiasan.

Dengan ini, beliau berkata, rakyat tidak perlu membayar untuk sayur-sayuran yang diimport, yang kini menjadi semakin mahal disebabkan oleh kadar pertukaran dan kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

"Jika 'Jom Bertani', kita tanam apa yang kita perlukan, maka tidak ada keperluan lagi untuk membeli. Tidak akan ada isu mengenai kadar pertukaran. Jadi ini adalah langkah yang berkesan," kata Tajuddin di Dewan Rakyat semasa sesi soal-jawab hari ini.

'Jom Bertani’ adalah program sosio-ekonomi luar bandar bertujuan membantu penduduk kampung untuk menanam sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan dan ikan untuk mengurangkan kos sara hidup yang tinggi. Ia juga bertujuan untuk menghidupkan semula industri pertanian yang semakin merosot.

Tajuddin (BN-Pasir Salak) berkata demikian bagi menjawab Shamsul Iskandar Md Akin (PKR-Bukit Katil) yang ingin tahu mengenai langkah kerajaan untuk menangani harga sayur-sayuran diimport yang mahal, seperti bawang.

"Satu-satunya perkara, semua orang mesti bekerja keras untuk menanam apa yang mereka perlukan, sama ada sayur-sayuran, cili atau kacang tanah.

"Program 'Jom Bertani’ tidak hanya untuk penduduk luar bandar. Daripada pokok-pokok perhiasan dan bunga, warga kota boleh menanam sayur-sayuran di bahagian hadapan dan belakang rumah-rumah mereka," kata Tajuddin.

"Kita juga boleh tanam sayur-sayuran di balkoni bilik tidur," katanya secara berseloroh.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

10 comments

comments
Anonymous
8 November 2016 at 22:14 delete

Hahaha.. Kamu dlm dunia mana agknye.. Buat malu aje.. Da la xyah nk jd menteri nk ttp salah BIJAN

Reply
avatar
9 November 2016 at 00:46 delete

Kulum kinet aku dulu laaa...

Reply
avatar
Anonymous
9 November 2016 at 09:12 delete

Lps ni semua penjual sayur tutup kedai..terbaikla

Reply
avatar
Anonymous
9 November 2016 at 20:52 delete

Kos tinggi pandai nasihat rakyat..para niaga terpaksa katup kedai.. Tapi dia pandai cakap.. Tapi dia tak tahu kesusahan rakyat.. Sekiranya berlaku kerajaan akan terjejas.. Ekonomi lagi bertambah teruk dari sekarang.. Ingat penjajah akan masuk bila bila masa sahaja untuk dapat negara kita..kerana ekonomi terumbang ambing Sebab dtg dari pemimpin yg tidak berfikir panjang.. Kami sebagai rakyat biasa saraan kami terlalu terjejas kami terpaksa ikat perut untuk terus hidup.kami nak pemimpin yg bijak.

Reply
avatar
Anonymous
10 November 2016 at 00:20 delete

tanam je lah bijan dgn mama -_- bangsat! mmg dihina rakyat. better, they be buried instead of us, tanam sayur etc.

Reply
avatar
Anonymous
11 November 2016 at 23:48 delete

rumah aku 10 tinggkat celah mne nk bercucuk tanamnya..jgn smpai kau yg aku tanam..hahaha

Reply
avatar
13 November 2016 at 09:31 delete

Abis peniaga sayur2 boleh bungkus la pasni��

Reply
avatar