1. Harapnya, ini post last aku pasal Pokemon.
2. Jujurnya, dalam bab Pokemon ni, aku tak faham korang ni nak hentam mufti atau nak mempertahankan hak Pokemon nak menetas. Nampak macam ramai yang seronok nak membangkang mufti aje ni.
3. Kenapa dalam kepala otak kau yang terlebih pandai, kau mampu kaitkan 1MDB dengan Pokemon Go, hah?
4. Semua benda nak kaitkan dengan 1MDB. Payah la camtu, takkanlah pada kau setiap benda yang berlaku dalam negara mesti nak ada hubungkait dengan 1MDB?
5. Come on lah....kena hentam Najib dulu baru dapat lesen dari korang ke ni? Selalu korang jugak yang mengadu birokrasi kerajaan UMNO ni macam celaka. Mufti nak bagi pandangan, pandai pulak kena melalui proses birokrasi dan kena dapatkan approval kau dulu, apa cerita?
6. Mungkin kau tak sedar, secara tak sengaja kau tengah suruh "mufti-mufti sekalian, shut the fuck up selagi lu tak bising pasal 1MDB! Lu kasi hentam sama Najib baru lu layak cakap pasal lu punya fatwa maa! "
7. Kita ni mana tau mufti ada tegur ke tidak pemimpin.
8. Kita juga tak tau pemimpin ni dengar atau tidak teguran mufti.
9. Kita pula, sibuk nak suruh mufti tegur pemimpin. Pesanan mufti yang mana boleh ikut, ada ikut? Nak suruh Najib ikut dulu pesanan mufti baru korang nak ikut? Stended SOP kau macam tu kan?
10. Kalau kau still tak boleh relate perangai kau tu dengan kenapa di akhir zaman ni, orang alim makin lama makin menyembunyikan diri, aku tak nak cuba terangkan.
11. Selama ni, ramai antara korang anggap ahli agama takut menikus dengan pemimpin yang korup, jadi kau gunakan point tu untuk attack alim ulama', kan? Kau tak pernah nampak ke kemungkinan yang ada ketikanya, ahli agama bukan setakat takut dengan pemimpin, dia juga takut dengan masyarakat?
12. Kalau alim ulama' takut nak menegur masyarakat, salah siapa pula tu? Salah alim ulama' jugak ke atau salah masyarakat yang akan sedaya upaya carik salah dalam setiap ayat yang dilafaz alim ulama'?
13. Bagaimana Mufti nak menegur sesebuah masyarakat yang hanya nak dengar fatwa hentam Najib tapi tak nak dengar fatwa yang kritik diri masyarakat itu sendiri?
14. Dah lah. Aku tak nak cerita pasal isu keselamatan negara dalam bab Pokemon tu. Kau boleh baca kat tempat lain kalau kau nak cerita pasal tu. Dah ramai yang ulas.
15. Aku hanya nak ceritakan kau KENAPA PANDANGAN MUFTI TU BETUL sebab Pokemon GO memang akan membawa kemudaratan pada kau. Benda tu dah terbukti.
16. Kita takyah tengok hal besar. Kita fokus kat hal-hal kita aje. Hal keselamatan negara ke, itu semua takyah fikir dulu.
17. Contoh satu, Singapura :
Sebuah Honda sedan putih melanggar pembahagi jalan di persimpangan Mei Chin Road dan Mei Ling Street di Queenstown pada Ahad, 7 Ogos. Saksi kejadian memberitahu kereta itu yang membawa 1 pemandu lelaki dan 2 penumpang wanita, kesemuanya sedang bermain Pokemon Go di telefon mereka ketika kejadian berlaku. Kereta tersebut melarikan diri dari tempat kejadian.
18. Contoh dua, Tokyo:
Seorang lelaki berumur 27 tahun dari daerah Chiba ditangkap kerana dituduh menyerang seorang perempuan berumur 20 tahun yang sedang bermain Pokemon Go di Stesyen Keretapi Shibuya. Lelaki itu ditahan kerana didapati menyerang wanita tersebut kerana dia menyangka wanita itu mengambil gambarnya dan memaksa wanita tersebut memadam gambar tersebut.
19. Contoh 3, Jepun :
Di daerah Shiga, seorang lelaki berumur 21 tahun memandu terus ke arah sebaris kereta yang sedang menunggu di lampu merah kerana dia sedang bermain Pokemon Go. Salah seorang pemandu yang dilanggar mengalami kecederaan di leher. "Saya terlalu fokus pada permainan sehingga saya tak nampak kereta di depan saya," kata lelaki itu dalam laporan polis.
20. Contoh 4, Arizona :
Pejabat County Pinal mengumumkan siasatan ke atas satu pasangan yang meninggalkan anak mereka berumur 2 tahun berseorangan di rumah sementara mereka pergi memandu sambil bermain Pokemon Go. Penyiasat PSCO itu memberitahu, tertuduh mengaku bersalah meninggalkan anak mereka selama 2 jam berseorangan hanya untuk keluar bermain permainan tersebut.
21. Contoh 5, San Diego :
Dua lelaki yang sedang mengumpul watak Pokemon Go diselamatkan selepas terjatuh dari tebing di Encinitas, hari Rabu. Salah seorang mereka jatuh ke pantai dari ketinggian 80 ke 90 kaki sementara seorang lagi jatuh melalui curam setinggi 50 kaki. Kedua-duanya dimasukkan ke unit trauma tetapi jenis kecederaan tidak dapat disahkan.
22. Itu baru 5. Kau boleh baca sendiri. Ada berlambak lagi. Aku siap tolong translatekan tu.
23. Kita orang Malaysia ni, bila benda dah jadi baru kita nak lakukan sesuatu kan?
24. Jadi kau anggaplah apa pandangan Mufti kita tu sebagai satu benda positif. Peringatan awal untuk kita semua, sebab benda-benda ni memang dah berlaku seluruh dunia.
25. Takkanlah kau nak tunggu sedara kau ke, anak kau ke, mak kau ke kena langgar dengan pemain Pokemon yang sedang memandu baru kau nak setuju yang pandangan mufti tu betul?
26. Baru kau nak berhenti kaitkan 1MDB dengan Pokemon Go ni?
27. Come on lah. Ada banyak lagi benda lain kau boleh bangkang. Tapi dalam bab Pokemon ni, peringatan yang dikeluarkan tu amatlah tepat.
28. Sebab masyarakat kita ni, bukannya matang sangat pemikiran dia. Petak kuning atas jalan pun ada yang tak tahu apa kegunaan dia. Lesen dapat ni.
29. Nak main, mainlah. Tapi kau masalah masyarakat kalau kau main macam orang bodoh. Bertimbang rasalah.
30. Yang paling penting, kau kena ingatlah, kalau kau dah kacau privasi orang, jangan marah kalau orang kacau privasi kau balik.
31. Pokemon Go tak haram bang.
32. Tapi ada manusia perangai dia macam haram.
33, Mufti pula, takkanlah dia nak keluar fatwa manusia yang perangai macam haram ni, akan mendatangkan kemudaratan?
34. Teknologi makin hebat. Pengetahuan sangat mudah dikongsi. Dulu nak baca fatwa, kena gi masjid. Bertampal kat notice board.
35. Janganlah kita jadi masyarakat yang hanya memperjuangkan hak kau nak hiburan cepat sampai tapi terlupa nak syukur yang fatwa pada zaman ini, amat mudah untuk disebarkan. Masalahnya, bila fatwa diumum, kau tolak laju-laju. Kau skeptikal dengan fatwa. Kau nampak banyak yang tak kena dengan hujah-hujah fatwa.
36. Pokemon Go pulak, kau terima bulat-bulat. Aneh anda semua ni.