Pertama kali dalam seumur hidup sertai sesi pencerahan sebuah skim yang aku syak sebagai ponzi scheme
Skim ni asalnya digelar Mecca Global Fund kemudian Mecca Islamic Thai Hotel dan sekarang Islamic Hotel
Ada 5 speaker yang berucap di dalam event tadi tu. First speaker ustaz madrasah, second cikgu, third mejar, fourth imam masjid pulau pinang dan kelima antara org kuat skim ni sendiri
Mesej 4 speaker yang pertama semuanya sama
"Dulu kitorang susah, sekarang dah senang semenjak sertai IH"
Yup, senang. Sebab level-level diorang yang digelar 'BP' (business partner) ni punya 'income' dr IH, aku percaya lebih daripada RM100,000 sebulan
Hanya speaker terakhir sahaja yang ada cerita latar belakang skim ni (yang aku percaya dia juga antara orang yang directly linked dgn pengasas skim ni). Cerita yang aku faham hasil drpd talk dia dan google adalah:
Pengasas adalah sheikh saidey nor, dikatakan dia telah berjumpa dengan jutawan arab yang ingin memajak hotel al-safwah di Mekah. Disebabkan kekurangan fund, maka dia daparkan pelabur-pelabur dari Malaysia
Dia ada tunjuk sebuah video berkaitan hotel tersebut (al-safwah hotel), siap ada Prof Muhaya kat dalamnya. Tapi aku yakin itu bukan video diorang. Video tu sikit pun tak cakap pasal IH ke pajakan ke apa. Tapi itu video asli oleh Al-Safwah Orchid (Asia), yang seperti dalam gambar di bawah, diorang menafikan hubungan dengan sebarang skim-skim ejen pelaburan dan sewaktu dengannya
Di dalam sesi Q&A, ada 2 soalan aku tanya:
i) apa tujuan duit yang dilaburkan
Aku tanya soalan ni sebab dari first speaker smpai akhir, tak habis-habis relatekan skim ni dengan derma, infaq, untuk bantu anak yatim, untuk sedekah kt madrasah dll
Sampaikan aku pelik... skim ni untuk dilaburkan ke, untuk sedekah kat anak yatim? Ke bahagi-bahagi?
Pastu kalau betul pun dia dpt hak pajakan, xkanlah unlimited amount yg dia boleh pajak?
Jawapan dia of course senang, untuk tambah pajakan. Memandangkan complicated nak argue isu ni, aku proceed soalan kedua
ii) boleh tak tunjukkan legal dokumen pajakan tu?
Katanya boleh, tapi kena pergi jumpa datuk (sheikh saidey nor tu), dan bawak RM1 juta dulu. Lepas tu sama-sama pergi ke depan Kaabah, nanti dia tunjuk
Emmmmm korang nilai sendiri la ekk jawapan tu. Malas nak komen
Ah ye boleh gak google 'sheikh saidey noor', boleh trace aktiviti dia sejak tahun 2000 smpai skrg, drpd aktif MLM CNI, million diamond agency managers kepada buat persembahan silap mata dan talk motivation
Ada seorang bertanyakan BNM takkan freeze ke akaun kalau byk duit keluar masuk. Dijawab speaker kelima tu diorg ada bekas auditor BNM, boleh ajar cara2 nak elak (kenapa nak kena elak in the first place?)
Dia juga mengaku yg diorang tak daftar dgn SSM ataupun BNM, sebab katanya untuk apa? Bisnes diorang kat Mekah, bukan kt Msia
Mereka juga menekankan yang ini bukan pelaburan, tapi simpanan
Ketahuilah kalau ambik simpanan tanpa berdaftar dengan BNM, itu namanya illegal deposit taking. Melanggar akta Banking and Financial Act 1989 (BAFIA) bawah Seksyen 25(1), boleh kena denda RM10 juta dan penjara 10 tahun untuk setiap satu tuduhan (biasanya org yg kena mmg byk2 tuduhan sekaligus)
Sesetengah kes mahkamah antara BNM dengan skim cepat kaya, BNM susah nak menang sbb diorang bertopengkan jual beli dan sewaktu dgnnya. Yg ni terang-terang cakap simpanan, direct je kalah kalau masuk kes mahkamah
Aku x berminat dgn soalan skim mcm ni patuh syariah ke tak, ianya soalan yang tak relevan. Sebab? Kalau ianya scam, mudah-mudah je dia boleh pusing sana sini reka cerita untuk jadikan ianya berbunyi syariah compliant. Mudah sbb bendanya tak wujud.
Dan yang aku paling tak suka. Diorang sangatlah kelihatan mempergunakan agama.... pakaian nak jubah berserban siap sejadah (?) (ke kain entah haha) di bahu.... Tak habis-habis cakap ini untuk derma, untuk tolong umat Islam, untuk tolong orang pergi umrah dan sewaktu dengannya
Kerana agama itu selalu digunakan sebagai candu kehidupan
Tapi yang memang jadikan aku konfim dia skim cepat kaya
Bila dia tak boleh tunjuk legal dokumen pajakan tersebut.... Sampai suruh bawak RM1 juta di depan Kaabah baru nak tunjuk. Sedangkan no harm langsung untuk ditunjukkan....
Dah la nampak gaya xde siapa tahu pasal bisnes tu melainkan sheikh saidey tu, yang diorang tau, setiap bulan dapat dividen 15-30%
Aku join investment kilang lokcing kecik ada team pun dh ada 1001 cabaran. Ini dia boleh handle urusan pajakan hotel melibatkan jutaan ringgit sorang2 tu. Power habis. (Sarkasme ekk) - mustahil BNM tak alert kalau jutaan ringgit ada ditransfer dr Msia ke Saudi
Wallahualam
Edit: jadi viral pulak dah. Nak promote sikit la. Siapa2 nak jadi ejen jual lokcing yg paling sedap kt Msia boleh PM. Boleh buat semi-passive income RM3,000-6,000 sebulan lol. Kena pandai target pengusaha kantin sekolah, peniaga motor dan pasar malam je
Update Terkini
