KPN perjelas kepada TMJ isu curi dengar telefon bimbit


Tan Sri Khalid Abu Bakar (kiri) mengadakan pertemuan dengan Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pagi tadi. 


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengadakan pertemuan dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pagi tadi, berhubung dakwaan telefon bimbit baginda diintip atau dicuri dengar oleh Cawangan Khas. 


Khalid berkata, dalam pertemuan selama sejam itu, pihaknya membetulkan keadaan berhubung perkara berkenaan. "Semuanya adalah salah faham dan saya sudah memperbetulkannya dalam pertemuan dengan TMJ, pagi tadi. "Saya sudah jelaskan semuanya kepada Tunku Mahkota dan tiada apa masalah yang timbul dan beliau menerima penjelasan berkenaan," katanya. 


Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan persahabatan ragbi antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand, di sini, sebentar tadi.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »