TIADA Ancaman Letupan BOM Di KL Sentral Seperti Yang Dihebohkan
Situasi di KL Sentral malam ini mengejutkan orang ramai apabila kelihatan pasukan polis, tentera dan juga unit pemusnah bom. KL Sentral didakwa menerima ancaman bom menyebabkan pasukan keselamatan negara bergegas ke sana.
Bagaimanapun, lapor Astro Awani, Polis telah mengesahkan tiada ancaman letupan bom di KL Sentral, seperti yang sedang viral di media sosial malam ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata Polis Bantuan KL Sentral ketika bertugas telah menjumpai sebuah beg hitam yang ditinggalkan diluar Mcdonald.
Hasil pemeriksaan mendapati ia tidak mengandungi sebarang bahan letupan sepertimana didakwa.
“Beg berkenaan dijumpai berisi pakaian dan pengecas,” katanya.
Tambahnya, kes ini selesai pada jam 10.45 malam ini sejurus selesai pemeriksaan oleh Unit Pemusnah Bom/
Pengguna media sosial yang melihat kejadian turut berkongsi dan memuji tindakan pantas pihak polis.