Haram Gulingkan Pemerintah Walaupun Pemerintah Itu Zalim - Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria


Ipoh: Hukum menggulingkan kerajaan yang dipilih secara sah adalah haram.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, di dalam Islam menggulingkan kerajaan hukumnya adalah haram.

Beliau berkata, ia adalah kerana kerajaan atau pemerintah sudah dipilih oleh rakyat melalui cara yang sah.

"Walaupun pemerintah yang dipilih itu zalim sekalipun tindakan menggulingkannya tetap haram dan umat Islam tidak boleh berbuat demikian.

"Sebab itu diwajibkan bagi setiap orang Islam pergi untuk menasihati pemerintah dan tindakan atau usaha menasihati kerajaan yang didapati zalim adalah jihad terbesar," katanya selepas merasmikan D' ASNAF Cafe, di sini, hari ini.

Harussani berkata demikian ketika diminta menggulas mengenai pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung terdapat usaha individu tertentu ingin menggulingkan kerajaan.

Menurutnya, usaha menasihati kerajaan memang sudah dilakukan dengan penubuhan Majlis Ulama dan Umarak yang terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri-Menteri serta para ulama.


Sumber : Metro

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »