Video ! Biker BERSIH 5 kena terajang dengan Baju Merah

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang memakai baju BERSIH 5, dikepung oleh sekumpulan peserta Baju Merah, berhampiran lokasi di Sabak Bernam.

Mereka pada mulanya menolak motosikal lelaki itu dan kemudiannya seorang peserta Baju Merah menendang lalu mereka melemparkan objek seperti botol dan telur ayam ke arahnya.
SAMSENG baju merah yang dipimpin oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal (sebut Jamal Jamban) semakin mengganas.

Jika sebelum ini mereka memberi amaran kepada anggota Polis (baca — Samseng baju merah beri amaran kepada Polis), kali ini mereka dengan biadap terajang seorang penyokong Bersih 5 meskipun dengan kehadiran anggota Polis.

Seorang lelaki memakai T shirt Bersih 5, yang menunggang motorsikal kebetulan lalu di tempat kejadian untuk pulang ke rumah diserang oleh kumpulan samseng baju merah, dia disepak hingga terjatuh dari motorsikal. Scroll ke bawah untuk menonton video.

Bukan itu sahaja lelaki itu turut dibaling dengan objek  termasuk telur ke arah muka  dan badan sambil kumpulan samseng itu menunjukkan isyarat lucah jari tengah terhadapnya.

Tidak cukup dengan itu, dia turut diterajang sekali lagi oleh salah seorang samseng baju merah yang menutup muka dan memakai 'cap' dipercayai untuk menyembunyikan identiti. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Sabak Bernam sebentar tadi.



Malunya aku tengok gelagat machai-machai upahan Umno, baru terima dua tiga puluh ringgit upah (sebut dedak) sanggup jadi beruk buat kacau serang orang tak tentu pasal.

Senangnya jadi pemimpin Umno, rembat berbilion duit rakyat, bagi dedak sikit sorang RM30 kepada machai bawahan, sudah boleh kekalkan jawatan untuk terus merembat lagi.

Nak tipu machai senang je, beritahu mereka cina nak rampas Malaysia nescaya mengaruklah sekalian machai bagai beruk-beruk yang terkena belacan.


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »