Satu lagi "tajuk akhbar" yg mengelirukan pembaca dalam soal perbankan Islam. Jika dibaca betul-betul, jelas ia tidak pun menuduh terus kpd perbankan Islam. Saya yakin, sejak dulu, PPIM sentiasa sokong pengguna Islam untuk pilih produk perbankan Islam.
Yg menjadi isu di sini adalah hak pengguna Islam ditindas oleh bank. Dan bank2 ini terdiri daripada bank konvensional dan perbankan Islam. (Cuba teliti perenggan2 keratan akhbar itu). Di sebab kebanyakan pengguna2 Islam guna perbankan Islam, maka contoh yg diguna dalam keratan akhbar ialah perbankan Islam yg bankrupkan pengguna Islam.
Pada saya, kes-kes sebegini lebih kerap dan berganda-ganda kali berlaku di perbankan yg satu lagi jika dibanding dengan perbankan Islam. Namun, seperti biasa, tajuk-tajuk 'nakal' sebegini suka bebenar dijadikan 'tema' oleh si penulis akhbar. Apa niat sebenar, Allah sahaja yg tahu.
Perlu diingat bahawa, dari sudut penggunaan bahasa, perbankan Islam TIDAK pernah bankrupkan PEMINJAM.
Sebab apa?
Sebab tidak ada istilah "PEMINJAM" dalam pembiayaan Islam. Nampak sangat kejahilan penulisan ini, tidak mengerti konsep dan terminologi bahasa perbankan Islam.
Sudah-sudah lah mencurah air ke daun keladi. Guna lah terminologi kewangan Islam yg tepat. Ini berita akhbar tau. Bukan cerita dongeng "lebai malang" atau kartun di komik budak-budak.
Allah knows best.