Papagomo Di Denda RM 4,300, Mengaku Menyesl Tetapi Bangga dapat Pukul Orang?




Papagomo merasa bangga kerana dapat mempertahankan maruah adiknya yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pekerja asing warga Pakistan. – Gambar FMT

KUALA LUMPUR: Walaupun didenda RM4,300 oleh mahkamah kerana mencederakan seorang pekerja asing warga Pakistan, penulis blog kontroversi, Papagomo, tetap merasa bangga.

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohd Azri Wan Deris berkata, dia bangga kerana dapat mempertahankan maruah adiknya yang didakwanya menjadi mangsa gangguan seksual pekerja asing itu.

Papagomo didenda selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, terhadap tiga pertuduhan mencederakan lelaki Pakistan itu.


“Saya secara peribadi menyesal sedikit. Sebagai warganegara yang berada dalam negara yang ada undang-undang, saya tidak sepatutnya ambil tindakan sendiri.

“Namun daripada sudut fakor abang, saya berasa bangga sekurang-kurangnya adik saya tahu bahawa saya seorang abang yang jaga maruah keluarga,” katanya ketika ditemui media.

Papagomo didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, bagi setiap pertuduhan.

Mengulas lanjut, Papagomo juga berharap pihak polis dapat mencari majikan warga Pakistan yang dipukulnya itu kerana mendakwa melindungi pekerja asing itu yang tiada permit yang sah.

Dia juga meminta polis untuk menyiasat warga Pakistan itu setelah adiknya membuat laporan polis terhadap warga Pakistan itu kerana membuat gangguan seksual.

“Saya juga minta polis dapat mengesan majikan warga Pakistan tersebut kerana, melindungi pekerja asing tanpa permit sah.

“Laporan gangguan seksual telah dibuat, oleh adik saya dan polis diharap dapat jalankan siasatan,” katanya.
Sumber

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »